Lupakan perseteruan PH-BN demi rakyat di Pahang

Amirudin (tengah) hadir pada ceramah umum sempena kempen PRU15 DUN Tioman di Pasar Besar Rompin pada malam Rabu.
Amirudin (tengah) hadir pada ceramah umum sempena kempen PRU15 DUN Tioman di Pasar Besar Rompin pada malam Rabu.
A
A
A

ROMPIN - Pakatan Harapan (PH) Pahang bersedia untuk melupakan semua perseteruan lama dengan BN demi kestabilan rakyat di negeri ini.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan rasa terbuka untuk berdamai selepas dua entiti parti itu bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan tanpa syarat.

"Saya percaya kehadiran saya dan Abang Mat (Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah, Mohamad Sabu) serta pemimpin PH datang dengan hati terbuka dan tulus ikhlas di Pahang.

"Kita bersedia melupakan pertelagahan atau perseteruan lama demi rakyat khususnya seluruh orang di Pahang termasuk penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada malam ini (Rabu)," katanya ketika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) DUN Tioman di Pasar Besar Rompin pada malam Rabu.

Cceramah julung kali diadakan secara bersama itu turut dihadiri Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ujar Amirudin, BN-PH perlu menonjolkan permuafakatan dan semangat bersatu padu di negeri ini.

"Siapa yang kita tentang dulu, kita kena lupakan semua perbezaan itu. Saya dah pesan dengan Abang Mat jangan tersasul. Kalau tersasul dia sebut UMNO susah la nanti (usiknya).

"Perbezaan itu bukan masalah. Kita diahirkan berbeza, berpuak atau di dalam kelompok yang mana satu (berbeza) untuk apa..untuk kita berkenalan-kenalan dan kenalan yang dicari adalah untuk titik kebaikan serta kebersamaan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh isu pembentukan kerajaan Pahang Amirudin menjelaskan PH sedia bekerjasama dengan blok politik itu tanpa meletakkan sebarang syarat.

Jelasnya, ini bagi membolehkan kerajaan Pahang dapat ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat.

"Kita memikirkan negara dan masa depan bersama terutamanya di Pahang, Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya. Jadi saya sebut kita (BN) berbincang tanpa syarat.

"Kita mahu menubuhkan negara, negeri aman dan stabil, tetapi pihak sana pula mereka hendak tengok negeri dan posisi atau kedudukan dulu, hendak tanya portfolio apa dulu baru bentuk kerajaan,' kata beliau.

Pada PRU15 Pahang mempunyai 42 kerusi DUN daripada jumlah itu PN beroleh 17 kerusi, BN pula sebanyak 16 dan PH hanya lapan kerusi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!