Budak tujuh tahun hilang, jatuh pelantar ikan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang kanak-kanak lelaki warga Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari pelantar ikan di Hutan Melintang di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan kehilangan mangsa berusia lingkungan 7 tahun itu diterima pada malam Rabu.

"Kejadian disyaki berlaku malam tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan di lokasi kejadian untuk mengesan mangsa yang hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Operasi menyelamat digerakkan Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang pada jam 7.08 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, dua unit bot digunakan bersama lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan polis.

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!