Pipi berlubang ditembak tentera Israel

No Image Caption
A
A
A

RAMALLAH - Kekejaman tentera Israel semakin menjadi-jadi di Tebing Barat.

Dalam insiden terbaharu semalam, seorang pemuda Palestin cedera ditembak menggunakan peluru hidup dalam kejadian di Hebron.

Sumber tempatan memberitahu, tentera Israel melepaskan lima das tembakan ke arah Hussein Abed Abu Fanous.

Serangan itu menyebabkan Abu Fanous mengalami kecederaan parah di mulut.

Punca serangan masih tidak diketahui.

Sementara itu, sumber perubatan Palestin berkata, sebutir peluru hidup menembusi pipi Abu Fanous menyebabkan kedua-dua pipinya berlubang.

Penindasan Zionis ke atas rakyat palestin semakin meningkat sejak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memenangi pilihan raya umum Israel, baru-baru ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!