JPS ramal kemungkinan banjir di Rompin malam esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Rompin, Pahang, mulai jam 8 malam Jumaat.

JPS dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, lokasi yang diramal banjir ialah di Jambatan Kampung, Kedaik dan kawasan sekitarnya.

Ramalan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia dan hasil simulasi model ramalan banjir susulan amaran hujan berterusan (buruk).

"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!