Alves 'tua-tua kelapa', makin tua banyak santannya

Alves (kanan) beraksi semasa sesi latihan pasukan bola sepak kebangsaan Brazil di Doha, Qatar pada Ahad. - Foto EPA
Alves (kanan) beraksi semasa sesi latihan pasukan bola sepak kebangsaan Brazil di Doha, Qatar pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN pertahanan veteran, Dani Alves akan menjadi kapten Piala Dunia tertua Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Jumaat.

Bekas bek Barcelona berusia 39 tahun itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjadi pilihan pengendali skuad Samba, Tite untuk Qatar 2022.

Alves, yang kini bermain untuk kelab Liga Mexico bersama UNAM Pumas, akan memakai lilitan kapten ketika Tite bersedia untuk membuat perubahan terhadap kesebelasan utama Brazil, dengan status pendahulu Kumpulan G dijamin jika kuasa bola sepak Amerika Selatan itu mengelak kekalahan menentang Cameroon.

Alves, yang pulih kecederaan lutut bagi tampil di pusingan akhir Piala Dunia ketiganya berkata, ia satu kebanggaan apabila masih berada di situ dan dapat memakai jersi Brazil.

“Saya telah bersama skuad Brazil selama bertahun-tahun dan apabila dapat menamatkan kitaran ini, bermain di Piala Dunia Qatar 2022, membuatkan saya sangat gembira.

“Sudah 16 tahun bersama skuad kebangsaan dan saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Dalam kehidupan, saya sentiasa percaya ganjaran akan hadir kepada orang yang menyukai apa yang mereka lakukan, yang benar-benar melakukan dengan sepenuh jiwa.

"Kini saya sedang menuai apa yang saya tanam selama 16 tahun ini," katanya.

Sementara itu, Tite, dijangka memilih sama ada bintang kelab Serie A Itali, Juventus Danilo atau tonggak kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, Eder Militao, menegaskan dia belum lagi fokus pada pertembungan pusingan 16 terbaik dengan sama ada Ghana, Portugal atau Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

"Kami mempunyai 26 pemain hebat dan saya tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih luas...

“Kami sibuk bekerja, menyediakan pemain kami. Saya mempunyai sedikit masa untuk makan malam bersama keluarga kerana selepas perlawanan, kerja diteruskan semula.

“Kami telah bermain dua perlawanan dengan dua pasukan berbeza dan kini bermain perlawanan ketiga dengan pasukan yang sama sekali berbeza.

“Kami akan membuat beberapa perubahan, kami akan memasukkan beberapa pemain utama. Dalam dua perlawanan kami menggunakan 19 pemain. Kami tidak memanggil mereka pemain kesebelasan utama atau pemain simpanan. Mereka semua pemain Brazil," kata Tite.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!