PM menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri memasuki Istana Negara jam 8.22 pagi pada Jumaat
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri memasuki Istana Negara jam 8.22 pagi pada Jumaat
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Pintu 1 Istana Negara, kira- kira jam 8.22 pagi.

Dipercayai pertemuan itu bagi mempersembahkan senarai nama jemaah kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mendapat perkenan Seri Paduka.

Sebelum ini pelbagai spekulasi mengenai barisan kabinet Kerajaan Perpaduan tersebar sekali gus menimbulkan tanda tanya seluruh rakyat Malaysia.

Anwar turut dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi, Jumaat.

Setelah itu, Anwar akan menghadiri walkabout dan sesi beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Tanjung Rambutan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!