Anwar selesai menghadap Agong
KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat keluar dari Pintu 1 Istana Negara, kira- kira jam 9.15 pagi pada Jumaat.
Beliau sempat melambai kepada petugas media yang hadir membuat liputan sejak jam 8 pagi.
Sebelum ini kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Pintu 1 Istana Negara, kira- kira jam 8.22 pagi.
Dipercayai pertemuan selama 50 minit itu bagi mempersembahkan senarai nama anggota jemaah kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mendapat perkenan Seri Paduka.
Ketika Majlis Ramah Mesra di Sungai Long Kajang pada malam Khamis, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perbincangan mengenai pelantikan barisan kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.
Selepas itu katanya, pengumuman mengenainya akan dibuat setelah mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ujarnya, secara keseluruhan senarai bakal barisan jemaah menteri di bawah pentadbirannya hampir sepenuhnya dan hanya memerlukan sedikit penelitian lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!