Saluran orang muda menangkan BN di Rantau

Mohamad diumumkan pemenang bagi PRK DUN Rantau mengalahkan tiga pencabarnya dari PH dan dua calon Bebas. - Foto Adam Amir Hamzah
Mohamad diumumkan pemenang bagi PRK DUN Rantau mengalahkan tiga pencabarnya dari PH dan dua calon Bebas. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui saluran orang muda menjadi antara penyumbang besar kepada kemenangan BN pada PRK DUN Rantau, semalam.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila saluran yang sebelum ini digeruni akhirnya banyak memberikan majoriti kepada parti itu.

"Kita amat gembira sekali melihat keputusan PRK Rantau ini yang jelas menunjukkan bahawa saluran-saluran yang hanya kita amat takuti iaitu saluran orang saluran orang muda tetapi merekalah yang menyumbang kepada kejayaan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: BN menang isyarat rakyat tolak politik fitnah: Mohamad

"Orang muda ini dinamik dan mereka amat sensitif dengan keadaan persekitaran terutamanya apa yang berlaku dalam negara," katanya pada sidang media sebaik diumumkan menang kerusi DUN Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini, malam tadi.

Katanya lagi, orang muda sudah mulai sedar bahawa mereka sebenarnya telah terpesona dengan janji-janji yang ditabur PH ketika kempen PRU14 tahun lalu.

"Sedangkan segala janji yang telah dibuat sebelum ini tiada satu pun yang dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut kemenangan hatrik BN selepas PRK Parlimen Cameron Highlands dan PRK DUN Semenyih sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan terus fokus untuk memastikan pembangkang akan jadi semak dan imbang kepada kerajaan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak tiga penggal lalu dengan majoriti 4,510 undi pada PRK hari ini.

Tok Mat memperoleh 10,397 undi sekali gus menewaskan calon PH, Dr S Streram yang mendapat 5,887 undi.

Dua calon Bebas iaitu R Malar memperolehi 83 undi manakala Mohd Nor Yassin 79 undi sekaligus menyebabkan mereka hilang wang deposit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!