Dua penunggang motosikal maut

Keadaan lokasi kemalangan yang mengakibatkan dua penunggang motosikal maut. Foto: Ihsan PDRM
Keadaan lokasi kemalangan yang mengakibatkan dua penunggang motosikal maut. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat nahas di Jalan Rantau di sini berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 7.50 pagi itu melibatkan dua motosikal yang ditunggang dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 26 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang lelaki berumur 23 tahun sedang bergerak dari arah Kuala Sawah menuju ke arah Seremban seorang diri.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berumur 26 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujar Nanda, akibat pelanggaran, kedua-dua penunggang itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan salah seorangnya juga parah di bahagian kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pengendalian bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!