Paip bocor dipercayai punca tanah runtuh
AMPANG - Penduduk di sekitar Jalan Mega 1/2K Taman Mega Jaya di sini berdepan detik cemas apabila cerun setinggi 30 meter runtuh dalam kejadian pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pasukan perubatan kecemasan dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 3 petang.
"Kejadian tanah runtuh yang berlaku dianggarkan dengan ketinggian sekitar 30 meter.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada paip bocor dan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, runtuhan tanah itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam.
"Terdapat sebuah rumah paling hampir dengan runtuhan dianggarkan sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.
"Tiada mangsa atau kerosakan melibatkan struktur rumah dilaporkan. Pihak bomba akan terus membuat pemantauan di lokasi," ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!