Angka korban tentera Ukraine meningkat

Anggota tentera Ukraine membawa keranda mayat rakan mereka yang terkorban di Kiev. - AFP
Anggota tentera Ukraine membawa keranda mayat rakan mereka yang terkorban di Kiev. - AFP
A
A
A

KIEV - Sekurang-kurangnya 13,000 tentera Ukraine dilaporkan terkorban selepas pencerobohan Rusia sejak Februari lalu.

"Kami mempunyai anggaran rasmi daripada Kakitangan Am dan mereka menganggarkan kira-kira 10,000 hingga 13,000 tentera terkorban," kata penasihat kanan kepada Presiden Volodymyr Zelenskyy, Mykhailo Podolyak.

Katanya, Zelenskyy akan membuat mengumumkan angka rasmi 'apabila masa telah tiba'.

Pada Jun lalu, tentera Rusia bertempur untuk menguasai sepenuhnya wilayah Lugansk dan seramai 60 hingga 100 anggota tentera Ukraine terkorban dan 500 cedera setiap hari. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!