MCA, MIC tiada dalam kabinet

Ka Siong, Saravanan
Ka Siong, Saravanan
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada wakil daripada parti MCA dan MIC dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kerajaan terdahulu manakala Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menjadi Menteri Sumber Manusia.

Anwar mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan manakala Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga wakil DAP, Sivakumar Varatharaju dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Dua kementerian digabungkan menjadi satu kementerian iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Kementerian itu kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar juga tidak mewujudkan jawatan Menteri Tugas-tugas Khas.

Secara keseluruhannya, Anwar mengumumkan 28 menteri dan majlis angkat sumpah akan berlangsung pada Sabtu di Istana Negara pada jam 3 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!