Zahir ucapan tahniah pelantikan kabinet Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, pada Jumaat. 

Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).

 - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, pada Jumaat. 

Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).

 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan hari ini.

Antaranya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli Kabinet yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Sentiasa lakukan yang terbaik dan berikan segalanya untuk rakyat dan Malaysia yang kita cintai. Biar kita bekerjasama untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam ini

Selain itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, turut mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Dr Zaliha Mustafa.

"Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga KKM (Kementerian Kesihatan). ‘All the best’,” katanya di Twitter rasminya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada (Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)) Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Jemaah Menteri Perpaduan Malaysia’.

Artikel Berkaitan:

"Semoga anggota Jemaah Menteri yang dibentuk ini dapat memperkukuh perpaduan, demi kemajuan Malaysia,” katanya.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!