Paip bawah tanah rosak punca hakisan

Paip bawah tanah rosak menjadi punca berlakunya hakisan tanah di Jalan Mega 15 di sini pada Jumaat.- Foto: Ihsan Bomba Selangor.
Paip bawah tanah rosak menjadi punca berlakunya hakisan tanah di Jalan Mega 15 di sini pada Jumaat.- Foto: Ihsan Bomba Selangor.
A
A
A

AMPANG - Paip bawah tanah rosak menjadi punca berlakunya hakisan tanah di Jalan Mega 15 di sini pada Jumaat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, MPAJ bersama Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah membuat pemeriksaan di tapak berkenaan sejurus menerima aduan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati paip pembetung kumbahan telah tertanggal dan lurang kumbahan (manhole) IWK telah pecah selain terdapat sedikit hakisan tanah.

"IWK telah mengambil tindakan segera bagi membaiki paip pembetung yang tertanggal. Selain itu, kerja pintasan paip pembetungan turut dilaksanakan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada Sabtu.

"Sebagai langkah kawalan, permukaan yang terhakis telah ditutup dengan kepingan plastik," katanya menerusi kenyataan Sabtu.

Katanya, Kumpulan Ikram selaku kontraktor yang sedang melaksana kerja pengukuhan cerun di kawasan tersebut telah diminta untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut bagi tindakan pembaikan kekal.

Pada Jumaat, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian tanah runtuh dianggarkan 30 meter ketinggian pada jam 2.48 petang.

Norazam berkata, kejadian tidak melibatkan struktur rumah dan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!