Kerjasama UMNO, Pas semakin menyengat

 Noor Hariri Mohd Noor
Noor Hariri Mohd Noor
A
A
A

KOTA BHARU – Kerjasama UMNO dan BN bersama Pas semakin menyengat, malah ia terbukti dengan beberapa PRK yang berlaku selepas PRU14 lalu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohd Noor berkata, saluran orang muda juga sudah kembali kepada perjuangan BN.

“Orang muda juga sudah sedar dan muak dengan janji ditabur oleh PH.

"Ternyata juga, politik perkauman yang diamalkan DAP tidak diterima oleh semua pengundi di Rantau,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Rantau semalam dengan memperoleh 10,397 undi, mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.

Menurutnya, ternyata pengundi Rantau sudah kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa suka memanipulasi rakyat demi kepentingan sendiri.

Malah beliau berkata, kekalahan calon PH secara tidak langsung menjadi signal penolakan rakyat terhadap Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Ternyata, kuasa rakyat perlu dikembalikan dalam medan pilihan raya sebenar. Apa pun, kemenangan BN ini berkat daripada kerjasama bersama Pas dan kerja kuat MIC dan MCA.

Artikel Berkaitan:

“Syukur kepada ALLAH kerana memberi kemenangan yang amat berharga kepada kami. Rahmat yang tidak ternilai buat seluruh rakyat Rantau dan Malaysia.

“Kita mengharapkan semua pimpinan mengambil iktibar dan sentiasa positif dengan kejayaan ini. Janganlah kita lupa diri dek kerana nikmat yang diberi.

"Tahniah Tok Mat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!