Penduduk bantah jalan utama ditutup

Penduduk mohon DBKL mengkaji semula penutupan jalan utama yang digunakan penduduk.
Penduduk mohon DBKL mengkaji semula penutupan jalan utama yang digunakan penduduk.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk Pangsapuri Razak Mansion, di sini berkumpul menyuarakan bantahan selepas jalan utama digunakan mereka ditutup sejak Mac lalu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Pangsapuri Razak Mansion, Kamarulzaman Mohamad Sharif berkata, penutupan jalan ke Lebuhraya Sungai Besi itu dilakukan bagi memberikan laluan kepada projek bercampur servis apartmen dan rumah kedai sejak sebulan lalu.

Susulan itu, penduduk menghadapi masalah kesesakan trafik pada awal pagi dan isu keselamatan pada waktu malam susulan hanya satu akses yang boleh digunakan penghuni terdiri 658 unit daripada tiga blok.

"Saya mohon jalan ini dibuka sepenuhnya kepada pejalan kaki sementara kegunaan kenderaan ringan pada awal pagi antara jam 7 hingga 10 pagi bagi melancarkan trafik.

Mat Rasdi
Mat Rasdi

"Penutupan sepenuhnya jalan itu menyebabkan penduduk menghadapi kesusahan. Kami mohon ada operator mengawal lalu lintas jika isu keselamatan yang menjadi penyebab jalan itu ditutup," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Penduduk berarak kira-kira 500 meter dari Pangsapuri Razak Mansion ke tapak projek baharu itu sebagai tanda protes.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Pengerusi Madrasah Al-Falah, Mat Rasdi Arshad dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Tan Teik Peng.

Katanya, satu memorandum ditandatangani penduduk akan dihantar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diadakan sesi rundingan meja bulat.

Penduduk berarak menuju ke jalan besar, Lebuhraya Sungai Besi.
Penduduk berarak menuju ke jalan besar, Lebuhraya Sungai Besi.

"Ini bantahan kali kedua kami buat. Difahamkan cadangan penutupan jalan itu dibincangkan dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga wakil sekolah, tapi penduduk tidak dipanggil bagi memberikan pandangan mengenainya.

"Kami hanya mengetahui keputusan tersebut melalui tampalan notis penutupan jalan. Kami mohon pandangan penduduk diambil kira kerana kami juga turut terkesan dengan tindakan itu apabila daripada tiga jalan yang boleh dilalui kini hanya satu akses boleh kami gunakan," katanya.

Kamarulzaman
Kamarulzaman

Sementara itu, Mat Rasdi berkata, pihaknya berharap DBKL mendengar keluhan penduduk dan mengkaji semula keputusan penutupan jalan tersebut.

"Tolong buka jalan utama itu kepada ruang pejalan kaki. Kalau dibuka kepada kenderaan ringan lagi baik.

"Harap DBKL turun dan lihat sendiri masalah dihadapi oleh penduduk," katanya.

Notis penutupan jalan.
Notis penutupan jalan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!