Kabinet baharu ini 'kalut': Hamzah

Hamzah (empat dari kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan di Selama.
Hamzah (empat dari kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan di Selama.
A
A
A

LARUT - Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kalut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kabinet yang dibentuk itu dilihat tidak selari dengan kempen parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Ramai yang hubungi sama ada daripada BN mahupun PN merasakan bahawa kabinet yang ditubuhkan itu kalut, tidak menentu kerana sesuatu yang dahulunya difikirkan lain dibuat lain.

"Ini membuktikan bahawa dalam pilihan raya segala apa yang diluahkan hanyalah mencari undi sahaja, tiada keikhlasan atau perasaan untuk membuktikan sesuatu yang dikatakan itu boleh ditunaikan.

"Ada ramai lagi yang sebelum ini dikatakan akan dilantik kerana memberikan kemenangan, yang menang mengalahkan orang dan akhirnya bergabung, yang kalah pula dilantik, kesian. Sebab itu saya kata ini adalah kabinet kalut," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan di Selama di sini pada Sabtu.

Menurut Hamzah, masih ramai Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan (PH) yang layak dilantik bagi menganggotai kabinet itu.

"Saya kesian rakan-rakan kita yang baik dalam parti tersebut tidak dilantik. Ini membuktikan bahawa hanya mereka yang kalut sahaja yang dilantik dan telah pun diumumkan (Jumaat).

Artikel Berkaitan:

"Bila sesuatu yang kalut, tambah lagi goyang, ianya akan dilihat rakyat sebagai kerajaan yang tidak stabil. Kita lihatlah, sesuatu ikatan yang longgar dan kita buat dengan kalut, kita goyang-goyang sedikit sudah terungkai," katanya.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, PN akan menjadi kumpulan yang akan menentang segala kemungkaran dalam pentadbiran kerajaan.

"Kerana kepakaran-kepakaran yang ada dalam kalangan Ahli Parlimen kita ini boleh memberikan pandangan, hujah-hujah yang bernas serta bertanggungjawab mengikut kementerian. Jadi tidak perlu dikatakan kabinet bayangan.

"Kita akan menjadi pembangkang sentiasa melihat segala kemungkaran, kita perjuangkan demi rakyat supaya rakyat memahami bahawa kita bertanggungjawab menentukan negara ini benar-benar dibawa ke arah lebih baik di masa hadapan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!