Harap Tok Mat selesaikan isu kebajikan veteran tentera

Ismail (duduk lima Kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 PVATTBM Selangor di sini pada Sabtu.
Ismail (duduk lima Kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 PVATTBM Selangor di sini pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Datuk Seri Mohamad Hasan dapat menyelesaikan isu kebajikan pesara tentera.

Presiden PVATTBM, Datuk Ismail Abidin berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Mohamad dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pesara tentera.

"Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah bantuan perumahan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang layak.

"Saya difahamkan masih ada segelintir veteran tentera yang masih belum memiliki kediaman sendiri," katanya ketika ditemui pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 PVATTBM Selangor di sini pada Sabtu.

Ismail berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pertahanan dapat menaik taraf kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) sebagai sebuah pasar raya.

"Selain itu, saya berharap pasar raya itu dapat membuka cawangan di lokasi strategik di seluruh Negara, secara tidak langsung ia memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak veteran tentera," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!