Jemaah menteri tinggalkan Istana Negara
KUALA LUMPUR- Jemaah Menteri dilihat mula meninggalkan Istana Negara sebentar tadi setelah selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Antara yang dilihat meninggalkan pekarangan istana adalah Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Kereta yang membawanya keluar dari pintu Istana Negara pada jam 5.40 petang.
Turut menyusul, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sebentar tadi, majlis angkat sumpah dimulakan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut bersama mengangkat sumpah bersama Ahmad Zahid ialah Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komodoti pada pukul 3.19 petang.
Kerajaan Perpaduan terdiri daripada komponen terbesar Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!