304 anggota undi awal di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kira-kira 93.42 peratus atau 71 anggota polis mengundi awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah.
Bagi DUN Tioman, Pahang pula, katanya, kira-kira 95.88 peratus atau 233 anggota polis mengundi awal di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.
"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!