Dibanjiri mesej, penyerang kacak Korea terpaksa matikan telefon

Video Gue-sang duduk di bangku simpanan pemain tular di media sosial. Foto Agensi.
Video Gue-sang duduk di bangku simpanan pemain tular di media sosial. Foto Agensi.
A
A
A

MESEJ peminat masuk sepanjang masa sehingga memaksa pemain sensasi Korea Selatan, Cho Gue-sang mematikan telefon bimbitnya.

Ia susulan video dia duduk di bangku simpanan pemain semasa Piala Dunia Qatar 2022 tular di media sosial.

Para peminat membanjiri media sosial penyerang skuad Kimchi itu yang kagum dengan ketampanan dan bakatnya ketika beraksi di padang.

Akaun Instagramnya melonjak secara mendadak dari 20,000 kepada lebih 1.6 juta pengikut.

Kegilaan peminat terhadap Gue-sang sangat dahsyat sehingga klik video ketika dia duduk di bangku menerima lebih 7.3 juta tontonan di media sosial.

"Dia perlu berehat. Telefonnya penuh notifikasi sepanjang malam. Ia membuatkan dia terjaga.

"Dia cuba fokus kepada bola sepak. Mesej peminat masuk sepanjang masa," ujar seorang wartawan, Seo Jung-hwan.

Tidak banyak maklumat mengenai kehidupan peribadi Gue-sang, tetapi dia difahamkan sudah mempunyai teman wanita.

Artikel Berkaitan:

Pemain berusia 24 tahun itu mencipta sensasi ketika menjaringkan dua gol, ketika menentang Ghana Isnin lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!