Remaja antara yang diberkas kes samun RM500,000

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiga lelaki termasuk seorang remaja diberkas polis bagi membantu siasatan berhubung kes samun RM500,000 di Paya Bemban dekat sini pada Sabtu.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan bersama dua lagi lelaki berusia 23 dan 29 tahun di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban di sini pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketiga-tiga suspek yang diberkas itu bekerja sebagai pembantu kedai makan.

"Hasil ujian saringan awal dadah yang dilakukan ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.

Tambahnya, sebelum itu pada jam 1 petang polis telah menjumpai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV milik mangsa yang telah dilarikan oleh ketiga-tiga suspek.

"SUV itu telah ditinggalkan di tepi jalan dekat Kampung Sireh. Penemuan itu kemudian membawa kepada penangkapan ketiga-tiga suspek," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang peniaga kedai makan kerugian sebanyak RM500,000 selepas disamun dalam kejadian di Paya Bemban, Kota Bharu pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 71 tahun tinggal sendirian di rumahnya.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek dipercayai telah memasuki rumah mangsa melalui siling dan menyamun wang tunai bernilai RM120,000 serta barangan kemas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!