Wanita menyamar pegawai JKM
KOTA BHARU - Seorang peniaga atas talian tidak mengaku salah di mahkamah majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperdaya seorang wanita hingga menyerahkan dua gelang emas.
Pertuduhan terhadap, Ellysuhana Mustapha, 37, dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Izzudin Mohd Shukri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Saiyidah Maidin, 56, dengan jalan samaran untuk mempercayainya pegawai JKM untuk memberi bantuan perumahan sebelum mangsa menyerahkan dua gelang emas.
Kesalahan dilakukan di Kampung Serendah, Ketereh, di sini pada jam 1.30 tengah hari, 13 Mac 2019.
Kes ditetapkan pada 24 April depan bagi serahan dokumen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!