Jangan buka ruang dan peluang kepada si pencuri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

Baru-baru ini Merak Jalanan menyaksikan sendiri satu kes curi di depan mata.

Kejadian yang berlaku di stesen minyak sekitar jam 12.30 tengah hari dan dipenuhi orang ramai menyebabkan Merak Jalanan terfikir, pencuri hari ini semakin berani melakukan jenayah itu secara terang-terangan.

Apa yang lebih membuatkan Merak Jalanan hairan dan tidak sangka ialah pencuri tersebut baharu sahaja keluar dari penjara dan kembali aktif tanpa rasa menyesal atau insaf.

Merak Jalanan sebenarnya tidak menyalahkan si pencuri itu 100 peratus kerana mangsa sebenarnya telah membuka ruang dan memberi peluang kepada si pelaku untuk berbuat demikian.

Sudah pasti si pencuri akan bertindak sekiranya ruang dan peluang terbuka di depan mata tanpa berfikir panjang.

Tidak pasti sama ada mangsa memang sengaja meninggalkan telefon bimbitnya di dalam ‘poket’ motosikalnya atau terlupa untuk menyimpan di dalam beg yang disandangnya.

Ingin Merak Jalanan ingatkan kepada semua agar lebih berhati-hati baik keselamatan diri mahupun harta benda.

Yang pasti, Merak Jalanan sedikit berbangga kerana walaupun tidak dapat mengembalikan telefon bimbit yang dicuri tetapi sekurang-kurangnya dapat mengingati nombor plat motosikal si pencuri dan menjadi saksi kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sekurang-kurangnya Merak Jalanan tidak hanya menjadi penonton tanpa berbuat apa-apa walaupun hakikatnya apabila kejadian sedemikian berlaku di depan mata.

Mungkin bagi sesetengah orang secara automatik badan menjadi kaku, tidak dapat berfikir dan tidak tahu untuk bertindak.

Mangsa telah membuat laporan polis dan kes dibuka untuk siasatan.

Jadi berhati-hatilah ketika anda berada di luar dan jagalah barang peribadi anda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!