E-aduan: Salur maklumat aktiviti bauksit

Dr Azizan (dua dari kiri) menerangkan kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bahawa cadangan daripada orang awam akan digunapakai dalam penambahbaikan SOP sebelum dimuktamadkan pada hujung bulan ini selepas berakhirnya sesi pendengaran awam di Perak Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.
Dr Azizan (dua dari kiri) menerangkan kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bahawa cadangan daripada orang awam akan digunapakai dalam penambahbaikan SOP sebelum dimuktamadkan pada hujung bulan ini selepas berakhirnya sesi pendengaran awam di Perak Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Satu laman web berkaitan bauksit akan dibangunkan sebagai platform kepada orang ramai untuk melaporkan aduan dalam talian atau e-aduan selepas aktiviti perlombongan bahan mineral itu kembali dibenarkan beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Prosedur Operasi Standard (SOP) Bauksit, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, sistem terbabit akan dibangunkan oleh pihaknya selepas SOP mengenai aktiviti itu dimuktamadkan pada hujung bulan ini.

Menurutnya, e-aduan itu akan dikendalikan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Pejabat Tanah dan Galian Pahang.

“Laman web ini akan diuruskan oleh dua jabatan masing-masing di peringkat kerajaan Pusat dan kerajaan negeri..tapi strukturnya kita akan fikirkan kemudian, namun prinsipnya masih sama iaitu mengumpulkan aduan dari rakyat.

“Jadi, sebarang aduan yang berkaitan dengan aktiviti bauksit seperti perlombongan dan pengeksportan akan diuruskan olehnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya sesi pendengaran awam bersama jawatankuasa eksekutif itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

Jelasnya, pihaknya turut menyaran agar sebuah sebuah jawatankuasa kuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau aktiviti berkaitan menerusi aduan dikemukakan orang ramai.

Katanya, jawatankuasa terbabit, seharusnya dianggotai pihak-pihak berkepentingan termasuk wakil rakyat dan jabatan- jabatan berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Azizan menambah, kemungkinan aduan yang dikemukakan perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu.

“Jawatankusa yang dilantik boleh berjumpa untuk membuat pemantauan berhubung aduan yang telah diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan berkata, merumuskan bahawa SOP baharu berhubung kegiatan berkenaan yang kini di peringkat draf boleh dilaksanakan dengan baik tanpa mengulangi masalah terdahulu.

Menurutnya, cadangan-cadangan yang terkandung dalam SOP boleh dilaksanakan dan akan menyumbang kepada aktiviti perlombongan yang lestari.

"SOP baharu ini dapat memberi sedikit keyakinan kepada masyarakat bahawa ia boleh dilaksanakan dengan baik dan tidak membawa balik isu-isu yang dikaitkan dengan perlombongan dan pengeksportan bauksit sebelum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!