Impian Piala Dunia Mbappe

Mbappe (depan) mengimpikan untuk membantu Perancis memenangi Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
Mbappe (depan) mengimpikan untuk membantu Perancis memenangi Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe hanya mempunyai satu impian iaitu merangkul Piala Dunia Qatar buat kali kedua selepas memenanginya empat tahun lalu di Rusia.

Dua jaringannya membantu Perancis menundukkan Poland 3-1 sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England pada Ahad.

"Sudah tentu, Piala Dunia ini adalah yang paling saya mahukan, ia kejohanan yang menjadi impian saya," kata pemain berusia 23 tahun itu.

Mbappe menyinar di pentas global ketika Perancis menang gelaran di Rusia pada 2018.

"Saya membina musim 2022 dengan baik bagi menyertai kejohanan ini. Saya sudah bersedia mental dan fizikal.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar, tapi kami masih jauh daripada objektif yang kami sasar dan yang saya tetapkan," katanya.

Bintang Paris Saint-Germain itu sudah mengumpul lima gol daripada empat aksi dan bergelar penjaring kedua terbanyak Perancis di Piala Dunia dengan sembilan gol dalam 11 penampilan.

Sebagai rekod, Just Fontaine meyumbat 13 kali pada kejohanan edisi 1958 di Sweden.

Artikel Berkaitan:

Mbappe bagaimanapun menjelaskan dia tidak kisah dengan peluang menang Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

"Matkamat saya hanya untuk menang Piala Dunia yang bermakna kami perlu menang suku akhir.

"Saya tidak datang ke sini untuk menang Bola Emas, tapi untuk bantu Perancis menang Piala Dunia," ujar Mbappe.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!