Lebih 100 terbunuh di Libya

Anggota militia yang setia dengan Tentera Kerajaan Libya (GNA) menanti kehadiran pasukan diketuai Khalifa Haftar di pinggir Wadi Rabie, Tripoli
Anggota militia yang setia dengan Tentera Kerajaan Libya (GNA) menanti kehadiran pasukan diketuai Khalifa Haftar di pinggir Wadi Rabie, Tripoli
A
A
A

TRIPOLI - LIBYA. Pertempuran di Libya telah meragut 121 nyawa dan mencederakan 561 yang lain sejak Komander Khalifa Haftar melancarkan serangan awal bulan ini bagi merampas Tripoli yang dikawal kerajaan disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan militia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hari ini.

WHO dalam satu kenyataan di akaun Twitternya berkata, pihaknya akan menghantar bekalan ubat-ubatan dan lebih ramai kakitangan ke Tripoli.

Pada masa sama, WHO turut mengutuk serangan yang menyasarkan pekerja kesihatan dan ambulans sejak pertempuran meletus 4 April lalu.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa gencatan senjata di Libya bagi menghalang pertempuran meletus di luar kawalan di Tripoli. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!