Armada Perak kecam tindakan melampau terhadap polis

Mohd Hafez Mubin
Mohd Hafez Mubin
A
A
A

IPOH - Armada Bersatu Perak mengecam tindakan lima individu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa dengan memeriksa kereta peronda polis (MPV) pada hari mengundi PRK DUN Rantau semalam.

Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, keahlian parti atau dilantik pemimpin parti pemerintah bukanlah tiket kepada mana-mana pihak bertindak kurang ajar dan tidak menghormati mana-mana pihak berkuasa di negara ini.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya mesti menghormati tugas dan tanggungjawab diamanahkan kepada polis untuk menjaga keselamatan sama ada bagi parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

"Selain itu, mereka perlu akur peranan pihak tersebut dalam memastikan segala urusan PRK ini berjalan lancar sepanjang tempoh kempen berlangsung sehinggalah hari mengundi,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafez Mubin berkata, Armada Bersatu Perak mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada polis yang menjalankan amanah mereka dengan profesional dan penuh dedikasi.

"Hal itu dibuktikan apabila amat kurang sekali berlaku insiden-insiden tidak diingini melainkan kes-kes terpencil sepanjang enam PRK berlangsung selepas PRU14," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!