Bebola penanda udara
Pekerja kontraktor yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika bertugas membuat penyelenggaraan dan pemasangan bebola penanda udara (Aerial Marker Ball) pada kabel elektrik di kawasan Jalan Penghulu Tuah hari ini.
Bebola penanda udara yang dipasang sepanjang kabel elektrik adalah berfungsi untuk memberi amaran visual kepada pesawat yang terbang rendah (low-flying aircraft) agar tidak berlanggar dengan kabel.
Kebiasaannya, bebola ini ditandakan dengan warna oren, merah, mahupun putih supaya dapat dilihat oleh juruterbang dari jarak beberapa ribu meter.
Kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan bebola penanda udara merupakan satu pekerjaan yang berisiko tinggi dan memerlukan kepakaran serta pengalaman sewajarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!