Griezmann enggan tertekan tanpa gol

Griezmann (kanan) gembira beraksi di Piala Dunia Qatar biarpun belum meledak sebarang gol buat Perancis. - Foto EPA
Griezmann (kanan) gembira beraksi di Piala Dunia Qatar biarpun belum meledak sebarang gol buat Perancis. - Foto EPA
A
A
A

BINTANG Perancis, Antoine Griezmann ingin menikmati sepuasnya aksi Piala Dunia Qatar 2022 tanpa mahu memikirkan ketumpulannya di depan gawang kerana belum meledak sebarang gol setakat ini.

Griezmann berperanan sebagai penghubung bahagian tengah dengan barisan hadapan, selain bertahan sebaik mungkin seperti ketika menyerang, dia seorang yang gembira di dalam dan luar padang.

Saya berpeluang menjaringkan gol menentang Denmark, tetapi terlepas. Mungkin tidak begitu dekat dengan kotak penalti seperti yang biasa saya lakukan.

"Saya masih buntu gol, tetapi tidak begitu terdesak mengenainya. Pasukan memerlukan saya di bahagian tengah untuk menjadi penghubung antara benteng pertahanan dan serangan. Saya amat bangga dan gembira," katanya.

Griezmann melakar rekod beraksi 71 perlawanan berturut-turut bersama Les Bleus.

Ayam tambatan, Kylian Mbappe sudah menyumbat lima gol di Qatar untuk mengumpul sembilan gol pada Piala Dunia dan Olivier Giroud mengatasi Thierry Henry untuk muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 52 gol.

Bagaimanapun, Griezmann masih bergelut memburu gol tanpa mengenal erti penat lelah di belakang mereka.

Jurulatih, Didier Deschamps tetap yakin dengan khidmat Griezmann biarpun pemain itu bergelut ketika beraksi di Barcelona dan diletakkan di bangku simpanan sekembalinya ke Atletico Madrid tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Saya terhutang budi kepadanya (Deschamps), jadi apabila diberi peluang beraksi saya bersungguh-sungguh bermain untuk Perancis, rakan sepasukan dan jurulatih," ujar Griezmann.

Pemain berusia 31 tahun itu berlari tidak kurang 11.3 kilometer Ahad lalu ketika Perancis menyingkirkan Poland 3-1 untuk menempah slot suku akhir berdepan England pada awal pagi Ahad.

"Sihat dan cergas secara fizikal banyak membantu saya. Tiada sebarang masalah dalam kehidupan peribadi.

"Tercetus dalam fikiran mengenai detik sukar di Barca dan tahun lalu apabila saya kembali ke Atletico. Ia agak rumit, saya terpaksa mencari diri sendiri dalam dan di luar padang," kata Griezmann.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!