MAIPk terima bayaran zakat perniagaan RM2.98 juta

Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2.98 juta kepada Mohd Annuar selepas majlis berkenaan di Istana Changkat Persekutuan di sini pada Selasa.
Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2.98 juta kepada Mohd Annuar selepas majlis berkenaan di Istana Changkat Persekutuan di sini pada Selasa.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazri Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2.98 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan di sini pada Selasa.

Bank Simpanan Nasional (BSN) menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan tertinggi iaitu berjumlah RM2.31 juta yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abd Rashid.

Ia diikuti Affin Islamic Bank Berhad diwakili Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad, Musa Abdul Malek dengan jumlah zakat perniagaan RM325,000.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) juga turut menunaikan zakat perniagaannya dengan jumlah RM227,872.84 yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd Rosli Basri.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM124,249.47 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Nor Azman Zainal.
Artikel Berkaitan:


Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Anggota MAIPk, Prof Datuk Dr Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.