Menteri Pendidikan 'kembali' ke sekolah lama

Fadhlina beramah mesra dengan murid SK Semenyih.
Fadhlina beramah mesra dengan murid SK Semenyih.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang baru sahaja memulakan tugas secara rasmi di kementerian pada Isnin, kembali ke sekolah lamanya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih untuk lawatan tidak rasmi.

Bagaimanapun, hasratnya untuk membuat kejutan tidak menjadi apabila kehadirannya berjaya ‘dihidu’ oleh warga sekolah itu.

Dalam perkongsian di Twitter pada Selasa, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menjelaskan, beliau memulakan pendidikan rendahnya di situ.

“Kejutan saya tidak menjadi. Guru-guru lebih cekap menghidu kehadiran saya. Saya telah memulakan pendidikan rendah saya di SK Semenyih.

“Ibarat sirih pulang ke gagang, saya kembali kali ini dengan rasa rendah jiwa mengenang jasa semua guru yang telah mendidik saya. Terima kasih!” ciapnya.

Sementara itu, perkongsiannya itu turut mendapat perhatian warga net yang mengutarakan pelbagai cadangan kepada Menteri Pendidikan wanita pertama berkenaan.

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Semenyih tidak melepaskan peluang bergambar dengan Fadhlina (dua dari kanan).
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Semenyih tidak melepaskan peluang bergambar dengan Fadhlina (dua dari kanan).

@thiba_nt misalnya, mencadangkan agar Fadhlina turut melakukan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang disifatkannya tidak kurang meriahnya.

Artikel Berkaitan:

Fadhlina kemudiannya dilihat menjawab, akan melakukan lawatan berkenaan kemudian.

“Will do (Akan buat lawatan) ! Just wait (tunggu sahaja)! Suprise!” ciapnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!