Parlimen Indonesia lulus undang-undang haram seks luar nikah

Kawalan keselamatan di luar bangunan Parlimen Indonesia. - Foto AFP
Kawalan keselamatan di luar bangunan Parlimen Indonesia. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Parlimen Indonesia meluluskan undang-undang mengharamkan hubungan seks luar nikah pada Selasa.

Selepas kanun jenayah baharu disahkan oleh semua sembilan pihak dalam rombakan menyeluruh undang-undang tersebut, Timbalan Speaker Dewan Undang-Undang, Sufmi Dasco Ahmad memukul penukul memberi maksud teks itu diluluskan dan menjerit 'sah'.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia telah membantah dan mengecam ia sebagai tindakan keras terhadap kebebasan sivil dan kebebasan politik serta peralihan menuju fundamentalisme di Indonesia yang majoriti beragama Islam.

"Kami telah mencuba yang terbaik untuk menampung isu penting dan pendapat berbeza yang dibahaskan.

"Bagaimanapun, sudah tiba masanya kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindahan kanun keseksaan dengan meninggalkan kanun jenayah yang diwarisi penjajah," kata Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly memberitahu Parlimen.

Peruntukan dalam teks tersebut bagaimanapun masih memerlukan tandatangan presiden yang menyatakan kanun jenayah tersebut akan diguna pakai dalam tempoh tiga tahun.

Beberapa artikel paling kontroversi dalam pindaan tersebut adalah seks luar nikah, bersekedudukan dengan pasangan belum berkahwin. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!