Maghribi cipta kejutan singkir Sepanyol
MAGHRIBI mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Education City pada Selasa.
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou muncul wira pasukan selepas menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Carlos Soler dan Sergio Busquets manakala tendangan Pablo Sarabia sekadar menggegarkan tiang gol.
Abdelhamid Sabiri, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi cemerlang menyudahkan penalti untuk memastikan kemenangan Maghribi 3-0 sekali gus mengesahkan kemaraan gergasi Afrika itu ke peringkat suku akhir.
Ia juga merupakan sejarah buat Maghribi yang pertama kali berjaya mara dalam enam penampilan di Piala Dunia.
Maghribi juga menjadi negara Afrika kedua mara ke peringkat suku akhir selepas Ghana yang melakukannya pada edisi Piala Dunia 2010.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!