Enrique pertahan pemain

Luis Enrique
Luis Enrique
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets selepas ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas kepada Maghribi dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.

Menurutnya, ketiga-tiga pemain itu menunjukkan keberanian untuk mengambil tanggungjawab tersebut dan kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir bukan kerana kesilapan mereka.

"Kami mencipta banyak peluang untuk menang perlawanan ini, tetapi sepakan penalti bukanlah loteri buat kami.

"Pemain cukup berani untuk mengawal diri dan mengambil sepakan penalti. Saya akan memilih pemain untuk melakukannya. Sarabia, Soler dan Busquets adalah pemain yang bagus.

"Mereka terlepas penalti, tetapi bukan satu masalah kerana ia sebahagian daripada bola sepak," katanya.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat 120 minit masa tambahan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sepakan penalti Soler dan Busquets diselamatkan Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou manakala tendangan Sarabia hanya menggegar tiang gol.

Dalam masa sama, Enrique juga memuji persembahan yang ditonjolkan para pemain terutama apabila Sepanyol menguasai bola dengan baik sepanjang perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Kami menguasai bola, mencipta peluang namun gagal jaringkan gol. Maghribi juga berada pada tahap permainan yang baik.

"Saya sangat gembira dengan pemain yang saya ada dalam pasukan. Saya tidak akan mengubahnya. Jika ada orang yang perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini, sayalah orangnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!