Farm Fresh ada kandang lembu di Sunway Lagoon

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - Sunway Lagoon dan pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, Farm Fresh telah menjalinkan kerjasama membina sebuah taman tema malam yang bertemakan “Wild Wild West” di Sunway Lagoon.

Taman tema koboi yang memiliki kandang lembu mini Farm Fresh ini mempunyai pelbagai aktiviti dan tarikan bermula pada 16 November lalu.

Jalinan kerjasama ini merupakan satu lagi usaha berani Sunway Lagoon untuk mendalami industri “edutainment” di seluruh Asia.

No Image Caption

Perjanjian baharu ini akan membantu kedua-dua pihak mengukuhkan lagi kerjasama pembangunan jangka panjang, pelbagai aspek elemen Sunway Lagoon dan komponen pendidikan modern Farm Fresh digabungkan untuk merevolusikan konsep pembelajaran baru.

Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Sunway Theme Parks, Kong Beng Kuin, berkata, perjanjian ini adalah bukti keyakinan pihaknya terhadap industri pelancongan dan tenusu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Ia adalah satu langkah praktikal untuk kehadapan ke arah pencapaian kami yang seterusnya, iaitu dengan memberikan pengalaman baru yang lebih bersesuaian kepada generasi baharu yang bersemangat mencari pengetahuan, sambil mengekalkan usaha pemuliharaan alam sekitar kita,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, berkata, sejak pelancaran Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia, pihaknya telah menerima ramai pengunjung muda dan tua yang teruja untuk melawat lembu-lembu dan menyelami rumah pameran dengan suasana di ladang.

No Image Caption

“Farm Fresh teruja kerana kami berpeluang bersama Sunway Lagoon untuk mempamerkan rumah lembu kami kepada pengunjung dengan lebih dekat, membawa “edutainment” ke peringkat seterusnya, dan memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung untuk melihat bagaimana susu segar dihasilkan dan dicipta bagi menginovasi produk baharu yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!