'Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar?'

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuat teguran secara menyeluruh jika melibatkan tokoh perniagaan bukan menumpu kepada individu tertentu sahaja.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Abdul Samad Ashaari berhubung isu memonopoli import beras negara.

Menurutnya, bukan hanya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sahaja tokoh perniagaan di Malaysia malah ramai lagi yang terlibat.

“Teguran Anwar terhadap Syed Mokhtar dalam isu ini dibuat secara tidak menyeluruh sedangkan ia perlu melibatkan semua tokoh-tokoh perniagaan lain di Malaysia.

“Dalam laporan Malaysia’s 50 Richest Forbes 2022, Syed Mokhtar Al-Bukhary berada di tempat ke-15 terkaya di Malaysia. Kenapa hanya sasarkan tokoh perniagaan ini sahaja.

“Bagaimana dengan tokoh dan ahli perniagaan lain yang jauh lebih kaya dan menguasai sebahagian besar kartel industri pemakanan di Malaysia serta sistem rantaian ekonomi terbesar negara,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.

Pada Isnin, Perdana Menteri memaklumkan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju untuk memperuntukkan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada golongan pesawah miskin susulan teguran beliau berhubung permasalahan monopoli import beras di negara ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!