Pemaju diarah tingkatkan keselamatan tapak pembinaan
KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemaju kondominium Astroria agar meningkat tahap keselamatan di tapak pembinaan berkenaan demi keselamatan orang awam.
MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mahu pemaju kondominium berkenaan menyelesaikan isu jaring keselamatan, perancah (scaffolding) termasuk kemudahan awam dalam tempoh tiga bulan.
“Semoga tindakan ini dapat menyelesaikan isu di tapak dan mengurangkan kegusaran pemilik unit di Kondominium Astroria,” kata kenyataan itu laman Facebooknya pada Rabu.
Pada Selasa, MPAJ melawat ke tapak pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek bagi membincangkan langkah meningkatkan keselamatan di lokasi berkenaan.
Berikutan itu, jaring keselamatan dipasang pada struktur bangunan kondominium Astroria di Ampang Jaya bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!