Video gurauan buat isteri, Hairul Azreen terus dikecam netizen

No Image Caption
A
A
A

GARA-gara sebuah video gurauan yang ditujukan kepada isterinya di laman Twitter, pelakon Hairul Azreen teruk dikecam netizen.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 31, bergurau dengan mengatakan mahu buat anak ketiga selepas dia menjalani penggambaran.

No Image Caption

“Ayang I shooting dulu, Ayang jaga anak kita ehh. I habis shooting, kita buat anak ketiga,” kata Hairul.

Rata-rata yang menonton video tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan gurauan itu yang dianggap sebagai sebagai tidak menghormati maruah isterinya, Hanis Zalikha, sebagai seorang wanita.

No Image Caption

Tidak kurang juga yang mendesak pelakon filem Paskal itu agar menarik balik video tersebut agar tidak terus tular dan ditonton lebih ramai orang.

Bagaimanapun, sehingga hari ini video tersebut masih ada di laman Twitter dan Instagram Hairul.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!