Punca kebakaran stor sisa pukal MOF diketahui beberapa hari lagi

Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kebakaran di stor sisa pukal yang terletak di aras bawah Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kebakaran di stor sisa pukal yang terletak di aras bawah Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya masih menjalankan siasatan berkaitan kebakaran melibatkan aras bawah Kementerian Kewangan Malaysia di sini pada Selasa.

Pengarah JBPM Putrajaya, Nor Arifin Kamari berkata, kejadian tersebut masih dalam siasatan dan punca kejadian dijangka diperoleh dalam beberapa hari lagi.

"Pegawai penyiasat yang terlibat masih dalam proses menyiapkan laporan lengkap berkaitan punca kebakaran tersebut.

"Insya-ALLAH, dalam masa beberapa hari siasatan ini akan dilengkapkan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, percikan api ketika kerja ubah suai penyelenggaraan yang terkena longgokan kertas lama dipercayai punca kebakaran di stor sisa pukal yang terletak di aras bawah Kementerian Kewangan Malaysia di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu daripada MERS999 pada jam 2.36 petang.

Beliau berkata, siasatan awal pihak bomba mendapati punca kejadian dipercayai akibat daripada percikan api ketika kerja ubah suai penyelenggaraan yang terkena longgokan kertas lama di rumah sampah itu.

"Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!