155 nyaris maut kereta api berlanggar di Barcelona

Insiden kemalangan kereta api di Barcelona. - Agensi
Insiden kemalangan kereta api di Barcelona. - Agensi
A
A
A

BARCELONA - Lebih 150 nyaris maut selepas sebuah kereta api merempuh sebuah kereta api lain di sebuah stesen berhampiran Barcelona, Sepanyol pada Rabu.

Perkhidmatan Kecemasan Serantau (SEM) berkata, kereta api tersebut bergerak perlahan semasa pelanggaran berlaku pada jam 8 pagi (waktu tempatan) hanya menyebabkan penumpang mengalami kecederaan ringan.

SEM menambah, sejumlah 155 orang mengalami cedera ringan yang mana 39 daripadanya menerima rawatan lanjut di pusat kesihatan tempatan.

"Pelanggaran membabitkan dua kereta api pada jam 7.50 pagi di stesen Montcada i Reixac-Manresa apabila sebuah kereta api dari belakang merempuh kereta api di hadapan," kata jurucakap pengendali stesen tersebut.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Raquel Sanchez berkata satu siasatan dibuka untuk mencari punca nahas tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!