[VIDEO] PRU15: BN berjaya pertahan kerusi DUN Tioman

Mohd Johari bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika disahkan menang kerusi DUN Tioman pada Rabu.
Mohd Johari bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika disahkan menang kerusi DUN Tioman pada Rabu.
A
A
A

ROMPIN - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kubu kuat mereka apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohd Johari Hussain memperoleh 8,080 undi dengan majoriti 573 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hisham.

Calon wanita tunggal itu memperolehi 7,507 undi manakala tiga lagi pencabarnya, calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly (784 Undi), Sulaiman Bakar (Bebas) meraih (58 undi) dan Osman A Bakar dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebanyak 79 undi.

Keputusan rasmi PRU15 DUN Tioman diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin,

Peratusan keluar mengundi pada PRU15 DUN Tioman merekodkan 57.5 peratus, gagal melepasi sasaran SPR sebelum ini.

PRU15 DUN Tioman diadakan lewat susulan kematian calon PN, Allahyarham Md Yunus Ramli yang meninggal dunia 19 November lalu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mohd Johari menyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang dengan majoriti 1,280 undi dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!