Selangor beri bantuan guaman percuma libat kes syariah

Amirudin Shari - Bernama Photo
Amirudin Shari - Bernama Photo
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif kerajaan negeri Selangor memberikan nasihat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor akan diperluaskan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor itu khusus untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan guaman agar keadilan golongan sering ditindas ini dibela.

Menurutnya, kerajaan negeri menguruskan program berkenaan bersama Selangor Bar yang majoriti kes berkaitan kekeluargaan dan isu melibatkan pekerjaan kepada rakyat Selangor terdiri dalam kategori B40 dengan peruntukan RM2 juta

"Pada tahun 2023, inisiatif ini akan diperluas kepada isu melibatkan kes syariah yang berfungsi membantu menyelesaikan isu-isu kekeluargaan dan isu keganasan domestik," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Sebagai rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menjadi kerajaan negeri pertama memperjuangkan nasib rakyat untuk mendapatkan akses guaman secara percuma melalui peruntukan dana di peringkat negeri.

Pada tahun ini, inisiatif kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor itu membabitkan peruntukan RM1 juta di bawah kelolaan Exco Kebajikan Masyarakat, V Ganabatirau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!