Perkenal Temerloh kepada dunia

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Larian Patin sejauh 5km bermula di Dataran Starmall, semalam.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Larian Patin sejauh 5km bermula di Dataran Starmall, semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Larian Patin peringkat antarabangsa bakal dianjurkan untuk menaikkan nama Temerloh di peringkat dunia.

Ahli Parlimennya, Mohd Anuar Tahir berkata, acara itu dilihat dapat membantu dan memberikan manfaat khususnya kepada warga Temerloh.

Menurutnya, melihat kepada kejayaan penganjuran kali pertama semalam, Larian Patin wajar dianjurkan pada skala lebih besar dengan persiapan rapi.

“Saya akan mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman untuk menjadikan larian ini bertaraf antarabangsa dengan menjemput peserta luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta Larian Patin di Dataran Starmall, di sini semalam.

Hadir sama, Pengasas Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub.

Seramai 1,600 peserta mengambil bahagian dalam acara larian itu sejauh 5 kilometer (km) yang dianjurkan dengan hasil kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Temerloh dan alumni UiTM.

Turut berlangsung, pertandingan ‘food truck’ dan ‘busker’. Mohd Anuar berkata, penganjuran acara itu menyaksikan hotel-hotel sekitar Temerloh dan Mentakab dipenuhi kerana kehadiran peserta dan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kita juga berhasrat menjadikan ia sebagai acara tahunan kerana ia dapat membantu sektor pelancongan dan perhotelan selain meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Setelah sekian lama Temerloh dikenali kerana ikan patin, sudah tiba masanya ia mendapat pengiktirafan dengan memilih nama patin dalam larian,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!