Amaran hujan berterusan di empat negeri

Amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan MetMalaysia pada Khamis.
Amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan MetMalaysia pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula 8 hingga 10 Disember.

MetMalaysia menerusi Facebooknya pada Khamis memaklumkan, hujan berterusan diramalkan berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Sebelum ini, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menasihatkan penduduk di kawasan pesisir pantai berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!