Rakyat Australia bengang pembuat bom serangan Bali bebas
SYDNEY - Seorang mangsa yang terselamat dalam pengeboman Bali 2002 berkata, dia 'geli hati' melihat salah seorang pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia selepas menjalani hukuman selama 20 tahun.
Umar Patek adalah anggota kumpulan dikaitkan dengan militan Al-Qaeda yang meletupkan dua bom di luar sebuah kelab malam di Bali ada Oktober 2002 sehingga mengorbankan 202 orang termasuk 88 rakyat Australia.
Umar dibebaskan dengan parol pada Selasa seperti mana disahkan pihak berkuasa Indonesia walaupun kerajaan Australia merayu untuk menyumbatnya sekali lagi dalam penjara.
Mangsa terselamat, Peter Hughes berkata, Umar yang disabitkan bersalah perlu menerima 'hukuman paling keras'.
"Saya hanya ketawa apabila mengetahui dia dibebaskan," katanya memberitahu stesen penyiar Australia, ABC.
Pihak berkuasa Indonesia berkata, Umar telah pulih atau insaf dalam penjara selepas menghabiskan program deradikalisasi. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!