Banjir kilat: 45 pelajar termasuk tenaga pengajar diselamatkan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, hujan lebat sejak jam 3 petang itu mengakibat banjir sedalam 0.6 meter di kawasan terbabit.
"Kesemua mangsa dibawa keluar dengan menaiki lori dan telah pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Mohamad berkata banjir kilat turut berlaku di Kampung Mayor, dekat sini melibatkan 12 mangsa daripada sebuah keluarga.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.50 petang.
"Mangsa terlibat adalah lima lelaki, lima perempuan dan seorang lelaki dan seorang perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berada dalam keadaan selamat dan dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Pantai sehingga banjir surut," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!