Perbicaraan kes SRC Najib bersambung hari ini
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan SRC International Sdn Bhd bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Najib yang memakai sut hitam memasuki mahkamah tepat jam 9 pagi.
Pihak pembelaan akan menyoal balas saksi pertama, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah pada hari kedua perbicaraan kes.
Kes berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Pada 3 April lalu perbicaraan kali pertama telah berlangsung sebelum mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baharu bermula hari ini hingga 10 Mei depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!