Enrique mohon maaf

Enrique mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan peminat yang banyak memberi sokongan sepanjang membimbing Sepanyol. - Foto EPA
Enrique mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan peminat yang banyak memberi sokongan sepanjang membimbing Sepanyol. - Foto EPA
A
A
A

LUIS Enrique memohon maaf setelah Sepanyol tersisih daripada Piala Dunia Qatar 2022 dan beliau terpaksa membayar harga mahal selepas kehilangan jawatannya sebagai ketua jurulatih, Khamis lalu.

Terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan menentang Maghribi dalam saingan kalah mati pada Selasa, juara 2010 itu kalah mengejut pada penentuan sepakan penalti.

“Semuanya bermula empat tahun lalu dan betapa pantasnya masa berlaku.

“Saya mohon maaf, saya tidak dapat membantu anda lagi. Ia satu yang istimewa menjadi sebahagian daripada ini,” ciap Enrique di Twitternya.

Kontrak Enrique dijadualkan tamat selepas berakhir Piala Dunia di Qatar dan Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF) mengesahkan bahawa beliau tidak akan kekal sebagai jurulatih.

RFEF kemudian mengumumkan Luis de la Fuente mengambil alih tanggungjawab itu selepas mengendalikan skuad bawah 21 tahun Sepanyol.

Dalam satu kenyataan, Enrique mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu ketika beliau membimbing Sepanyol sambil memohon penyokong untuk terus berada di belakang De La Fuente.

“Saya hanya boleh berterima kasih kepada mereka yang menandatangani saya sebanyak dua kali (Presiden Rubiales dan pengarah sukan, Molina), kepada semua kakitangan RFEF yang berkongsi pengalaman dan kepada pemain yang sentiasa menjadi contoh dalam tingkah laku mereka dan idea yang disumbangkan.

Artikel Berkaitan:

“Akhir sekali kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sepanjang masa terutama ketika kami jatuh.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan dalam kes ini apa yang pasukan perlukan adalah sokongan dalam semua perkara supaya Fuente dapat capai apa yang dia inginkan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!