AirAsia Cambodia mula operasi tahun depan

Tony (dua dari kanan) dan Vissoth (dua dari kiri) bergambar sebaik selesai menandatangani Perjanjian Usahasama (JV) di salah sebuah hotel di Phnom Penh pada Jumaat.
Tony (dua dari kanan) dan Vissoth (dua dari kiri) bergambar sebaik selesai menandatangani Perjanjian Usahasama (JV) di salah sebuah hotel di Phnom Penh pada Jumaat.
A
A
A

SYARIKAT penerbangan tambang murah, Capital A Berhad melalui AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) menandatangani Perjanjian Usahasama (JV) dengan Sivilai Asia untuk menubuhkan AirAsia Cambodia pada Jumaat.

Usahasama melibatkan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah

AS$25 juta itu dijangka mula beroperasi pada hujung tahun 2023, tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan baharu itu akan memperkukuh lagi jenama AirAsia di Kemboja dan Indochina.

Selain itu katanya, ia juga menyediakan akses yang lebih besar kepada pasaran domestiknya dan yang paling penting menghubungkannya ke pasaran antarabangsa di seluruh Asean, Asia Utara dan lain-lain.

"Capital A sentiasa memberi tumpuan kepada Asean di mana kami mempunyai jenama yang paling kukuh.

"Syarikat penerbangan baharu ini juga akan membolehkan AAAGL beroperasi ke pelbagai pasaran sedia ada untuk membina skala, ketersambungan rangkaian dan mengurangkan kos operasi.

"AirAsia Cambodia berhasrat untuk merangsang lagi industri penerbangan di Kemboja, melancarkan destinasi baharu yang menarik dan mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa operasi syarikat penerbangan tambang rendah di negara itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Menandatangani JV dan Pengumuman Rasmi AirAsia Cambodia di sini.

Perjanjian Usahasama itu ditandatangani oleh Tony dan Pengarah Sivilai Asia, Vissoth Nam.

Majlis tandatangan itu turut disaksikan Menteri Sekretariat Penerbangan Awam Negeri, Dr Mao Havannal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL, Bo Lingam,Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Consulting, Subashini Silvadas.

Tambahnya, Kemboja ialah negara Asean kelima syarikat tersebut meneruskan usaha sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan penumpang dan kargo nombor satu rantau ini, serta memacu pertumbuhan ekonomi bagi negara serantau.

Menurutnya, empat yang lain adalah AirAsia Malaysia; AirAsia Thailand; AirAsia Philippines dan AirAsia Indonesia.

"Nilai rangkaian AirAsia adalah aset yang tidak dapat diatasi dan akan membuka peluang yang lebih besar untuk menghubungkan Kemboja ke rantau ini, selain China, India dan Asia Utara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!